Wednesday, June 25, 2008

UPDATE TO THE RAPED BY POLICE

Gadis meracau
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Keadaan gadis yang mendakwa menjadi mangsa rogol seorang anggota polis amat membimbangkan apabila dia dikatakan berkelakuan seperti orang gila dan sering menangis serta ketawa seorang diri.

Menurut abang ipar mangsa yang enggan dikenali, dia dan keluarga amat risau dengan kelakuan adik iparnya itu yang berkelakuan ganjil sejak dikatakan diperkosa di sebuah balai polis, Rabu lalu.

Adik ipar saya tidak seperti dulu, dia enggan ke sekolah kerana trauma akibat diperkosa anggota polis terbabit.
“Kami sekeluarga amat sedih setiap kali melihat dia menangis dan kemudian ketawa seorang diri secara tiba-tiba. Memang lagak seperti orang kurang siuman,” katanya, semalam.

Sementara itu, seorang lagi saudara mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Rizal, 29, berkata dia dan penduduk kampung hanya mengetahui peristiwa malang itu Sabtu lalu dan amat marah dengan kejadian itu.

“Saya dan 20 penduduk kampung membawa mangsa ke balai polis berkenaan untuk mencari anggota terbabit namun dia dikatakan tidak bertugas.

“Kami kemudian menemani mangsa untuk membuat laporan di balai polis terbabit berikutan kejadian yang tidak sepatutnya dilakukan seorang anggota polis itu,” katanya.

Dia juga menyatakan kekesalannya berhubung kejadian yang menimpa gadis berusia 17 tahun itu dan meminta siasatan terperinci dijalankan untuk mengelakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercalar.

Baginya, polis sepatutnya melindungi orang awam dan bukannya bertindak di luar batasan undang-undang.

Harian Metro semalam melaporkan dakwaan gadis terbabit yang dikatakan dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 20-an di sebuah balai polis di Puchong.

Difahamkan, sebelum itu, mangsa bersama teman lelakinya ditahan kerana tidak mempunyai lesen motosikal lalu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat sekitar jam 5 pagi.

Bagaimanapun mangsa yang disoal siasat di bilik berasingan dipaksa berbogel.

Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan, tetapi terpaksa akur selepas anggota terbabit mengugut mencederakan teman lelakinya.

Selepas dibebaskan, mangsa yang masih terkejut merahsiakan peristiwa hitam yang menimpanya daripada pengetahuan teman lelaki dan keluarganya.

Dia hanya menceritakan perkara itu kepada seorang individu yang dirahsiakan identitinya selepas dua hari kejadian itu menimpanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Putra Height.

--------------------------------------------------------------------------------
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad


As you can see my worries were exactly mentioned in the article above posted from Metro online. I feel deeply sorry for the victim and her family. But what else can I do apart from pray for her and her family.

No comments: